Laman Utama      Product      Syarikat      Konsep Perniagaan      Album      Hubungi Kami      Login   

Berita

Pengumuman Penting [Sila Klik]

MyWayRoyalty Xclusive Team


[ More news ]

Admin

.

 
 

Kucing Galak

Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya ‘Acalypha Indica‘ yang tumbuh liar ini berasal dari India , Negara Negara Afrika dan negara sebelah sini iaitu asia Tenggara. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut, berdaun dan berbuah hijau.

Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan anak bagi mengembalikan kekuatannya.

Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah ‘tenaga’.

 

SEJARAH PENGGUNAAN

Di Afrika Timur daun Kucing Ggalak digunakan secara meluas didalam teknik tradisonal untuk merawat masalah mata.

Di Namibia digunakan untuk merawat masalah luka dan kudis yang kritikal dengan cara menumbuk daun hingga lumat dan dicampur dengan air kemudia disapu pada tempat luka atau kudis yang sudah berulat.

Di kepulauan Commoros daun Kucing Galak digunakan untuk merawat masalah berkaitan dengan sendi. Iaitu dengan cara rebus daun dan dijadikan krim disapu pada sendi yang sakit atau bengkak.

Di Seychelles diguna secara meluas untuk merawat masalah asma, hati dan buah pinggang, iaitu dengan cara merebus akar dan minum air rebusan itu. Mereka berkeyakinan penuh akar Kucing Galak boleh merawat masalah cacing dan sakit perut.

Di Madaskar mereka menggunakan daun Kucing Galak untuk merawat masalah kudis dan kulit juga digunakan secara tradisional untuk mencantikkan kulit.

Di Mauritius daun Kucing Galak  digunakan untuk merawat masalah margin dan sakit kepala.

Di India digunakan secara meluas didalam perubatan Ayuveda, sangat berkesan untuk merawat asma dan radang paru paru.

Di Indonisia digunakan secara tradisi pucuk Kucing galak sebagai ulaman yang popular.

Hampir keseluruhan Negara yang mana tumbuh pokok Kucing Galak mereka gunakan untuk meningkatkan tenaga terutama tenaga lelaki(batin).

 

 

KHASIAT POKOK KUCING GALAK

Menurut Dr. Mohd Said Saad (Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.

Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan.

Kapsul Kucing Galak

Untuk tambah keberkesan kapsul Kucing Galak diadunkan dengan bawang putih halia bara dan rempah ratus terpilih yang sesuai dan synergy.

Cara Guna

Pengambilan yang dicadangkan adalah 3 biji malam setiap hari.

Kesan awal Pengambilan

Terasa lebih bertenaga, urat saraf terasa kendur, lengoh lumpuh berkurangan, tidur lebih nyenyak, pembuangan angin(kentut) lebih kerap dan sedikit peningkatan tenaga lelaki.

Alahan

Pada am nya kapsul Kucing Galak tidak timbul alahan dengan sebarang makanan atau ubatan hospital tetapi untuk mengelak komplikasi yang mungkin timbul jarakkan satu atau dua jam dengan masa pengambilan ubatan hospital.

Harga

Satu botol mengandungi 70 biji hanya RM50.00 Semenanjung dan RM55.00 Sabah dan Sarawak.

Khasiat Kapsul Kucing Galak

1, Buang angin dalam badan(uluran dan medu)

2. Merawat masalah saraf

3. Mengurangkan masalah asma

4. Merawat masalah kulit

5. Merawat masalah ulser mulut

5. Membantu meringan masalah jantung

6. Menghilangkan lengoh lengoh dan sakit badan

7. Meningkatkan tenaga lelaki

Inshaallah.. dengan izin Allah Subhanahuwataala… mudahan


Copyright 2018 MyWayRoyalty.com